Cara Nak Set Up Laman E-Dagang Influencer!
To read in English, please click here
欲阅读中文版,请点击这里
Selamat datang ke produk terbaru SushiVid… drum roll .... ConfirmPlusChop. Influencer kini dapat memiliki kedai e-commerce mereka sendiri.
Tak ada produk? Jangan risau - dapatkan sampel dari kami! Yang perlu anda lakukan hanyalah mempromosikan di media sosial anda, penghantaran & pembayaran akan dilakukan oleh kami. Sekiranya anda mempunyai produk sendiri, hubungi kami [email protected].
Nak tengok contoh?
cpls.my/wen.
Anda juga akan mendapat nama laman web anda sendiri - seperti
wen.confirmpluschop.com.
Contohnya macam ni:
Bagaimana nak set up?
- Login ke SushiVid sebagai Creator. Sila gunakan akaun social media anda yang mempunyai sekurangnya 3,000 followers.
- Klik New Campaigns
- Klik Sell. Lihat screenshot di bawah:
Selepas itu, pergi ke ConfirmPlusChop.com.
LANGKAH 1 - EDIT PROFILE ANDA
Anda boleh edit profile anda. Jangan risau, ia proses yang sangat seronok. Anda boleh sesuaikan bahasa anada, gambar profile anda, gambar cover anda (size terbuka), huraikan page e-commerce anda dengan lebih terperinci dan ia akan lebih membantu. Untuk memulakan proses ini - pergi ke My e-comm page. Lihat screenshot di bawah:
LANGKAH 1(A) - Klik pada My eCom Page - Di Sudut Kanan halaman
LANGKAH 1(B) - Klik pada Edit Pencil di Sudut Atas Kanan
LANGKAH 1(C) - Edit imej profile image anda, tambah huraian dan sebagainya.
LANGKAH 2 - ISI DENGAN PRODUK
Setelah anda selesai dengan penyesuaian halaman e-com, jom shopping untuk sampel! Anda boleh mencari produk dan meminta sampel. Berita terbaik! Anda hanya perlu mengisi alamat penghantaran anda sekali sahaja!
Nota khas: Beberapa produk mungkin tidak mempunyai sampel, atau anda sudah memiliki produk tersebut, anda boleh terus mempromosikannya di akaun social media anda.
STEP 2(A) - Klik pada All products - sudut kanan atas
LANGKAH 2 (B) - Lihat produk
Anda boleh survey harga runcit, dan berapa banyak potongan yang akan followers anda perolehi, dan untuk setiap unit yang dijual, berapa banyak yang akan anda boleh hasilkan. Sebaik sahaja anda melihat sampel produk yang anda suka, anda boleh memasukkan produk tersebut dan meminta sampel. Harap maklum bahawa setiap orang hanya dapat meminta hingga 3 sampel dalam satu masa.
LANGKAH 2 (C) - Minta Contoh
Anda akan diminta memasukkan maklumat penghantaran anda (sekali sahaja kecuali anda berpindah)
LANGKAH 3 - MULAKAN PROMOSI
Jangan bimbang, kami tidak meminta anda menjual secara keras. Anda boleh melihat penjelasan terperinci tentang bagaimana orang biasa seperti CEO kami dengan 1,500 pengikut dapat menjual 9 produk dengan 5 foto di IG DI SINI .
Anda boleh menggunakan pautan atau hanya berkongsi pautan halaman e-dagang setiap kali anda membuat kandungan.
LANGKAH 4 - HANTAR URL
Beritahu kami apabila anda telah membuat kandungan untuk pelanggan, dengan cara ini kami dapat mengesan klik dan likes. Ingatlah apa yang tidak dapat kita jejak, kita tidak dapat memperbaiki.
LANGKAH 4 (A) - Klik pada Laporan Jualan Saya
LANGKAH 4 (B) - Kirim pautan
ANDA SUDAH SELESAI!
Berapa banyak post dan bagaimana jika anda tidak menjual apa?
Soalan keemasan, bagaimana jika anda tidak menjual apa-apa? Jangan risau, pelanggan kami faham - sekurang-kurangnya pelanggan mendapat pemasaran secara percuma? Tetapi jika anda mendapat produk bernilai tinggi, janganlah hanya mempromosikan 1 IG Story dan mengharapkan pelanggan gembira kan? Kami secara amnya menyarankan untuk mempromosikan sehingga nilai produk pemasaran influencer. TETAPI cara terbaik untuk menjual adalah dengan kejujuran. JIKA anda sangat menyukai produk tersebut, apabila anda membagikannya kepada khalayak anda, produk itu semestinya dijual macam kek lapis! Sangat laku.
Sekiranya anda menyukai apa yang kami lakukan di SushiVid, sila berikan ulasan kerana ini akan membantu membina perniagaan kami. Semak di sini - https://g.page/SushiVid/review?gm.